Friday, July 23, 2010

Fitrah Manusia!!

Kenapa manusia di dunia ni pentingkan diri sendiri? ingat pada orang lain hanya ketika dia susah..bila dah mula hidup senang, org lain pun dipandang sebelah mata jer...

Itula manusia..yang tidak pernah sedar akan sape dirinya sebelum dia berjaya..masa susah, semua dianggap saudara..tapi bila senang, yang saudara td pun dah x dipandangnya..

Ingatla..bukan selama2nya kita berada di atas..hidup ini ibarat roda. ada masa diatas, ada masa di bawah.. bila dah berjaya, senang, ingat2 lah orang yang telah menolong kita sewaktu kita susah. jangan bila kita diatas, org dibawah pun kita x sudi nak pandang..

Ingatla..mungkin Allah S.W.T ingin menguji diri kita..Dia bg kita senang..dan masa ini la Dia dapat melihat sama ada kita bongkak atau tidak. Setiap yang ada di muka bumi ini bersifat sementara sahaja..sekelip mata ia boleh hilang selama-lamanya..

Ingatla..jgn la bersifat takbur dan bongkak apabila sudah hidup senang..dan berlaku jujur la pada orang disekeliling kita..jauhkan la rasa hasad dengki dan buang kan la sifat menipu yang ada dalam diri kita..lambat laun, orang akan tau jugak kebenarannya..

Ingatla wahai manusia..jangan sesekali kita menganiaya orang..tidak kira la sama ada sesiapa sahaja..

Ingatla..jangan terlalu leka apabila berada diatas...kerana ia terlalu sakit apabila terjatuh nanti.. masa tu..mungkin masa untuk kita sedar dah terlambat..

Ya Allah, jauhkan la aku dr sifat2 orang yang sebegini..

No comments:

Post a Comment