Tuesday, December 13, 2011

Pengalaman Mengandung Yang Penuh Dengan Ujian..

Salam semua..rasanya dah lama sgt2 aku x update blog aku ni..aku pun xtau dah brape bln..tp yg pastinya mmg dah lama sgt2..sebelum aku kwin, smpai la skrg aku dah nak jd mak org..huhu..ingatkan lps kawin, dah free2..nak la update blog ni..tp sebulan lps kawin, rezeki Allah bagi..aku disahkan mengandung..nak dijadikan cerita aku punya alahan mengandung punyala teruk..teruk yg amat sgt..aku start alahan ni di pertengahan bln puasa..ingatkan dpt la puasa penuh utk tahun ni..heh..last2 dpt 15hr je puasa..
Aku xleh puasa mcm ibu2 mengandung yg lain..perut aku terasa pedih gler..pedih smpai nak duduk, baring, telentang semua nya xleh..bla aku pegi jmpa doktor, doktor ckp aku gastrik..dan disebabkan kandungan ku masa tu baru sebulan..dktor x galakkan aku berpuasa..sbb tkt effect pada baby..aku x leh lapar..kena sentiasa makan. mula2 tu aku degil gak..aku puasa gak..last2 xsmpai pukul 2ptg, perut aku dah pedih..terpaksala aku bukak puasa. dan x puasa sampai la ke penghujung ramadan.
Alahan aku berterusan sehingga ke bulan2 seterusnya..sepanjang aku alahan, aku xboleh bau orang memasak, hidung aku ni sentiasa aku bau busuk (sebenarnya xbusuk pun..tp hidung aku ni je yg bau busuk)..lepas tu mulala loya aje memanjang..tengah2 malam aku muntah..huh sungguh menyeksakan..aku terpaksa cuti, mc sehingga berhari2..kadang2 sehingga the whole week aku mc..aku betul2 x larat..besar betul ujian Mu..dan sehingga la aku terpaksa amik cuti tanpa gaji disebabkan aku pnya cuti dan mc dah pun habis. dah xleh buat ape..terpaksala amik cuti tanpa gaji.
Bila kandungan ku mencecah 4bulan lebih..aku dimasukkan ke wad..kerana kekurangan air.. aku terlalu byk muntah..tu la sebabnya kurang air..seksa jugak..nak habiskan berbotol2 air tu.. dan sekarang kandungan ku dah 5bulan lebih..alahan ku dah semakin berkurangan..Alhamdulillah.. selera makan pun semakin ok..muntah pun dah xde..cuma skrg aku kerap skt di bahagian pinggang, perut..kadang2 nak bergerak pun skt..apepun aku bersyukur kerana kandungan ku sihat..biarla aku yg xsihat, asalkan anak aku sihat..ye dok?? hehehehe..
Semoga aku lebih tabah dan kuat semangat utk tempuh dugaan yg akan datang..bukan senang ye nak mengandung..agaknya mcm tu la ibu2 kita dulu kan?? insaf sekejap aku..huhu.. bukan semua org sama conditionnya masa mengandung..lain org, lain ragamnya..terpulangla nasib badan masing2. ape yg aku harapkan agar Allah permudahkan jalan aku semasa nak bersalin nanti..biar susah waktu mengandung, tp senang waktu bersalin..amin....

No comments:

Post a Comment